Monday, June 20, 2011

LETTER OF APPRECIATION

We re-produce here a letter written by the chairman on behalf on Sintar group to the police


SURAT PENGHARGAAN

Kami merujukkan perkara vandaliseme pagi ini dimana seorang penduduk sekali lagi membuat kacau dan membawa kerosakan harta benda kami. Kes ini dilaporkan kepada polis melalui repot no. Kepong/008053/11.

2. Saya bagi pihak AJK mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan OCS yang mengaturkan pertolongan serta merta dan juga berjaya menyelesaikan satu masalah lama dari segelintir penduduk yang bersikap negatif terhadap usaha persatuan penduduk.

3 Gerakan pertolongan itu memang berkesan, mula-mulanya En Azmi (plain cloth police) sampai ke pondok kurang dari sepuluh minit selepas saya habis bercakap dengan Tuan OCS, ini memang apa yang dijanji oleh IGP berkenaan turn-around time. Kehadiran polis di saat saat kritikal amat sangat dihargai oleh pengawal wanita berkenaan.

Selepas pengurus syarikat keselamatan membuat laporan polis resmi Inspecktor Jefri Faizal b Jimi Sham(I17834) pun serta-mertanya buat follow-up dan datang ke pondok bertemuduga pengawal kami pada jam 4.10 petang. Walau Inspektor Jefri sanggup berjumpa penduduk itu untuk menasihatkan penduduk itu malangnya ianya tiada di rumah.

4. Bila dimaklumkan penduduk itu sudah kembali Inspektor Jefri terus datang kemari menjumpainya, Inspektor Jefri talipon saya pada jam 5.44 petang mengesahkan berjaya menasihatkan penduduk itu.

5. Bagi persatuan kami masalah penduduk ini tertimbul beberapa tahun dulu dan tidak dapat mengatasinya ; dan sekarang ini hanya beberapa jam selepas laporan kami pihak polis sudah berjaya menasihatkan penduduk itu agar terima peranan pengawal keselamatan adalah sebenar-benarnya untuk kebaikan masyarakat.

Kami percaya perkara ini tidak akan berjalan begitu lancar kalau bukan oleh kerana professionalisme Inspektor Jefri, maka dengan ini kami merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada beliau dan tidak lupa juga bantuan En Azmi di saat saat kritikal kepada pengawal wanita kami.

6. Akhirnya kami juga mengucapkan syabas diatas kerjaya PDRM bukan hanya berjaya mengurangkan jenayah, berjaya menambah rondaan, meningkatkan police presence di Taman kami, bahkan juga berikthiar menolong / memperbaiki perhubungan penduduk dengan persatuan kami.

No comments:

Post a Comment